Sunday, 25 June 2017

Nom Nom Nom : Ideaa Station, Bukit Jelutong

A week before Ramadhan, me and my officemate decided to breakfast at Ideaa Station, placed at Bukit Jelutong. Ni idea dari Jalan-Jalan Cari Makan la ni. 





Saja pilih sini sebab :
1) Tak habis explore lagi Bukit Jelutong
2) Sebab masuk JJCM (padahal dah azam dalam diri malas nak layan kedai yang masuk JJCM sebab mostly review sebab based on payment)
3) Sebab orang yang ajak tu belanja.
4) Sebab nak jalan-jalan
5) Habis sebab, jom proceed dengan pot pet?


First time jejak kaki ke sini, terus amazed dengan decoration dia sebab cantik sangat. Tapi Bukit Jelutong kot mesti lah havoc.

Yang bestnya dekat sini, service tip top maybe sebab tak ramai yang tahu pasal restoran ni lagi. I hope service dia maintain tip top. Hewhewhew




I'm not sure on free wifi but if you love to read, here is the best place to crash in. Sebab ada rak buku full with novels & magazines. Kalau member tak layan kau tapi layan hp then books is your option. :)
Tapi kalau tak suka membaca pun, boleh je pergi bergambar dekat luar sebab banyak tempat boleh selfie, wefie, photoshoot, buat video and all that sebab cantik & tak ramai orang. 

                                           




Harga makanan kat sini pun just nce je. Tak mahal sangat pun. & of course lah sedap. For western je lah. Macam haritu  choose mi daging sebab one of special dish dekat restoran ni. 


But ermmm well pahit okay mi daging ni so I not recommend sangat yang ni. Go for westen dish je. 


Like my officemate chose Chicken Parmigiana. Dia punya juicy tu perggghhh and that cheese is so sexy. Sebab makanan kita tak sedap, haruslah cilok makanan dia. Dah lah cilok makanan orang, makan sampai habis pulak tu. Hewhewhewhew what to do, I cannot resist the temptation okay. Serious sedap.

Bill of the day. :)
Rasanya next time nak pergi lagi dekat sini sebab nak try western dish yang lain sebab ada jugak yang menarik minat dalam menu tu tapi sebab perut berkapasiti kecil so kita pilih yang terdaya lah.

And oh, I really love the washroom. Wangi, cantik & bersih, You can even selfie in there. No joke.

Next time you guys pergi Bukit Jelutong, singgah la makan dekat sini okay? ;)

Baby Crab Crispy

Baby crab ni dulu sebelum jatuh cinta masa tengah viral mencanak, memang tak layan kononnya tak sedap sebab nanti tak rasa sangat isi ketam tu tapi dalam hati tu tergedik jugak nak beli nak rasa macam mana sebab ramai sangat yang tergila bayang.

Masa balik kampung, pergi cari barang dekat Sungai Besar ternampak la gerai Baby Crab Crispy Sungai Besar. Try la beli 12 ekor punya sebab nak merasa je. Bila rasa je, ya tuhannn berebut dengan adik sebab sedap sangat. Menyesal tau tak beli dari dulu. Menyesal jugak masa tu beli sikit je sebab lepas beli terus balik. Bila dah sedap tu, kau nak patah balik memang idok le.

Teruskan je perjalanan dengan harapan nanti balik beli lah lagi.

Tapi sayangnya, lepas dari hari tu, bila pergi je nak beli mesti gerai dia tutup. Banyak kali tau balik dengan penuh kehampaan.

So, bila hampa dah menggunung, try la search dekat Instagram ada tak jual online. Bila cari, ada satu je yang jual. So try la order mana tahu boleh jadi customer tetap kan.

Lama jugak tunggu sampai seminggu lebih sebab order jauh dari Kelantan.

Sudahnya sampai lah parcel BCC ni. And tadaaaaa


Dengan penuh rasa bahagia & tak sabarnya lepas dah berzaman tunggu, first bite agak hampa. Gigit lagi, memang hampa. Gigit lagi terus campak tepi balang BCC ni. 

Hancur hati kemain bila rasa tak sama dengan BCC Sungai Besar tu. Yang ni sebab dari Kelantan, so rasa udang kering tu campur belacan. Banyak pulak tu dia gaul dengan ketam. Bila banyak, dah tak jadi dah crispy, dia jadi menyakitkan hati. 

Lepasni memang dah taknak order dah. Harap ada la jodoh rezeki berjumpa dengan BCC Sungai Besar. Penat tanggung rindu. :'(

Wednesday, 7 June 2017

Movie Review : Baywatch 2017

From last week nak tengok Baywatch tapi sabar tunggu hari Rabu sebab murah kan RM9 per ticket nak pulak dapat 2x points untuk MBO members. Semalam baru buat member card so dapat lah card Despicable Me 3 yang comel ni but I prefer gambar minions lol



And yes of course lah nak tengok Baywatch sebab Priyanka Chopra. The hype she brought in at Btown since last year is woaaaa. Sebab kedua haruslah Zac Efron. Hot sangat kenapa entah. Hewhewhew

Related image 

Director : 
Stars : Dwayne Johnson, Zac Efron, Priyanka Chopra
Rating : 8/10

*warning : PeeCee spamming*
Layan Priyanka dalam movie ni memang bersinar mata bcs she's slay in every screen apperance she made. Bila PeeCee berlakon watak jahat macam ni haruslah teringat zaman dia berlakon movie Aitraaz dulu. Jadi jahat sampai menang award so dalam movie ni watak PeeCee tu memang kacang goreng sangat lah. I mean jadi jahat tapi dalam masa yang sama hot kemain.

Related image

This movie as you guys know pasal lifeguard yang menjaga kawasan teluk. But before Victoria Leeds (Priyanka Chopra) datang buat hal, they already have an unfinished business. Tahun tu diorang kena pilih 3 teammates baru dari ujian kelayakan fizikal. Matt Broody (Zac Efron) antara yang terpilih padahal dia memang dah diambil bekerja cuma saja nak panjangkan movie layan diorang punya hot abs and muscles. Miawww

And the best part is I dont have to wait for a long time to watch PeeCee. Awal dia keluar tayang muka. Of course she's hot like always. 

Image result for baywatch priyanka

As a newbie memang banyak lah Matt buat silap nak2 pulak dengan perangai dia yang tak suka buat kerja berpasukan tu. Sampai satu tahap Mitch (Dwayne Johnson) ni dah give up sampai pecat dia. Disebabkan menganggur, so Matt belajar lah to work in team meanwhile to cope with new team they have new case in town. Flakka smuggling. Yeah yeah VL punya kerja la tu. 

Mitch dengan Matt ni team up lah untuk siasat apa yang jadi sebenarnya dekat teluk diorang even diorang dah tahu pun siapa punya kerja cumanya nak cari bukti sebab polis macam lambat sangat. The thing is with this movie, diorang just made it as cliche as it could be. Takde apa yang fresh pun. Comedy je lah bersepah. No action stunt yang woaaa pun. 

Related image

Minus 1 point for this movie because repetitive tired jokes. Sekali dua cukup lah ni beria jugak dia nak sumbat lawak tu but in one or two scenes lah so ada lah part yang macam hambar sikit. 

And yes minus 1 point also for too many slow motion. Kalau PeeCee yang buat slo-mo maybe I will be happy but nahhhhh. Its them. And yeah, another yuck moment part Ronnie dengan dia punya perangai selekeh dia. Not all of them just some but still yuck. 

Oh my expectation for this movie tak tinggi mana pun and kalau tak sempat tengok movie ni dekat cinema, nak download je sebab nak tengok PeeCee but wow oh wow dia punya best tu memang terbaik lah. Berbaloi lah duit tiket tapi untuk ulang tengok might be naaahhhh sebab storyline cliche and nothing suprising at all pun dalam movie ni. Banyak comedy dari action. Tapi kalau orang belanja no problem langsung hewhewhew

Image result for baywatch priyanka

And sekarang terjawab lah who's debut Hollywood movie is better, PeeCee dalam Baywatch or Deepika dalam XXX And my answer is PeeCee dalam Baywatch. XXX tu nasib orang belanja tengok tau so Iolls okay lah nak layan sampai habis walaupun Deepika's acent is unbearable. And its sooooo boring sampai I fell aslept.

All in all I have so much fun wathing Baywatch semalam. Hilang stress & bad mood semalam sebab ada je benda tak kena dari pagi. Plus, semalam dah cukup setahun kerja so Baywatch is my gift to myself lah kiranya. Celebrate with these two so its totally worth it. Hihi



Resipi : Smoothies Mangga Epal

Sejak badan makin lama makin mengembang ni, sedih betul rasa bila baju dah tak muat. Makan jangan cakap lah. Dalam sehari tu amboi sangat makan macam bela saka.

Disebabkan dah nak raya ni, berbekalkan semangat dan azam nak turun berat supaya muat pakai baju raya nanti. Kawan pun dah start jadi vegan untuk bulan puasa ni.

Masa sahur minum susu kurma. Bila berbuka minum smoothies ni. Nak buat pun senang je. Minum satu gelas pun kenyang sampai tidur. Nak terawih pun tak ada masalah. Beza tau bila minum smoothies dengan makan nasi. Bila makan nasi, terawih baru rakaat pertama dah mengantuk kemain. Kalau minum smoothies, sampai 20 rakaat pun mampu.

Bergantung kepada imam jugak. Hewhewhew

Okay, cara nak buat smoothies ni toksah serabut kepala sangat. Ada buah, ada air, ada blender so you're ready to go.

I love Mangga Epal sebab manis manis masam.

Bahan :

- 1 biji mangga
- 1 ataupun 2 biji epal
- air setengah cawan


Dah settle bab bahan, kupas kulit semua tapi kalau tak nak pun takpe. Nanti kalau tersedak tepuk sendiri la sampai okay. Hewhewhew

Potong kecik-kecik pastu blend. Setengah orang guna susu nak bagi pekat and kenyang. Tapi boleh jadi muak jugak. Masa buat ni susu habis so we go for mineral water instead. 


Okay, dah siap dah pun our smoothies. 



Sometimes letak ais bagi sejuk baru nyum nyum. Kadang lepas blend terus minum je sebab lapar zahabedah sangat uolls. Buat cenggini cepat lah sikit turun berat. Seminggu dah boleh parking 5kg. Tapi kalau consistent lah. Kalau hari ni smoothies esok nasi memang bye bye lah baju raya. T.T


Feedback Projek MRL

 Ramai yang tahu kerajaan nak tambah lagi satu projek pengangkutan awam, Malaysian Rail Link (MRL) yang menelan belanja sebanyak RM55billion bersama kontraktor dari negara China.

Pagi ni bila Zoologi MY bagitahu tentang projek ni & effect kepada hutan & binatang, kucar-kacir bagi feedback dekat website MRL-Have Your Say ni.



 
Actually dah tahu keburukan projek ni tapi baca dari aspek ekonomi, efisiensi & kontraktor yang terlibat. & some of you guys maybe dah ada pandangan & bantahan terhadap projek ni sebab dah banyak keluar di media tentang tanah rizab yang bakal terkorban, kontraktor yang disenaraihitamkan oleh Bank Dunia & tambang tiket yang mahal untuk melunaskan hutang.

Jadi bila pagi ni baca even natural habitat pun akan terancam & supposedly I say bakal pupus disebabkan projek ni, terus pergi bagi feedback. Tak ambil masa yang lama pun untuk isi personal details & bagi feedback dekat site ni sebab ringan & kurang dari 5 minit you are done!  



 




You guys patut buat benda yang sama jugak isi borang feedback ni terhadap projek ni. Untuk membantah atau untuk setuju, itu hak & pilihan masing-masing but I prefer if you guys pilih untuk tidak bersetuju sebab terlampau banyak keburukan dari kebaikan yang dibawa. Thanks :)
 

Sunday, 4 June 2017

Download Movie

Sebenarnya nak start taip dengan dah lama tak masuk sini tapi mesti orang dah bosan baca ayat tu kan?

Sekarang dah Ramadhan ke9, so Happy Ramadhan to all of you guys. Not having the chance to greet at 1st Ramadhan but who cares, yang pentingnya selamat berpuasa & selamat beribadah to the fullest your body can do. But for those yang sakit, we're on the same boat. Semoga cepat sembuh ye :)

Okay, back to my intention of this post. Lately ni ramai betul yang tanya where to download movie, esp movie Hindustan. I am here nak bagitahu tips nak cari movie Hindustan lah sebab susah kan kan kan?

Ni tips ni dah lama guna. Sangat senang & berkesan. Guna tips ni sebab kita dah tak boleh nak stick kepada satu site je. Hari ni site tu ada, esoknya dah kena tutup/buang. Sedih okay. Dah la nak tengok movie Hindustan susah sebab tak semua panggung ada tayang. CD pun nak kena order dari India. Aduhhhh.


So, cara terbaik nak layan nustang dengan cara ni lah. Okay lemme tell you guys how :


Macam contoh gambar dekat atas tu,

1. Garis merah : Nama movie

2. Box hijau : Saiz skrin. Ada 280p, 480p, 720p, 1080p. Pilih la yang mana korang nak. Bigger the better. Tapi ada jugak lappy yang tak mampu nak carry 1080p

3. Box purple : Kualiti video. Idk lah kenapa orang suka sangat camrip walhal tak cantik. You guys boleh je nak letak either webrip, dvdrip ataupun blu-ray. Ni yang cantik mata memandang la. Kalau tak sabar sangat camrip pun boleh nokkss

4. Garis kuning : Uploader. Indishare antara yang senang nak guna. Boleh je guna Uptobox, Userclouds, Zippyshare, Mediafire, Uploadbaaz dan lain-lain yang mana korang suka guna ataupun selesa. :)

Okay dah, senang je kan? Lepasni kalau nak layan movie, guna je cara ni. Tak payah dah nak kesah kalau site tu kena removed or closed down. Lagi best tak payah dah nak bookmark site sampai berguni site untuk download movie.

Enjoy your movie and happy watching guys :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...