Friday, 14 July 2017

Nom Nom Nom : Nasi Bukit

Semalam nampak post viral Nasi Bukit Padang Jawa. Disebabkan area Shah Alam jugak & by recommendation orang, so we go lah try mana tahu boleh jadi port best. Masuk je Seksyen 24 semalam, angin dah start kuat. Hujan pun dah start turun. Dalam hati masa tu risau je kena makan dalam hujan. Tapi proceed je lah sebab lagi 600 meter je nak sampai.


Sampai je sana, nak cari parking memang boleh menangis sebab jalan sempit satu hal, gelap satu hal. & nasib je kitorang ternampak signboard kedai Nasi Bukit ni sebab signboard kecik je. Nasib kitorang baik malam tadi, dapat la parking dekat jugak dengan kedai makan ni.

Signboard kecik, bila malam memang out terus.
Sampai je kedai, memang sedih tengok kedai penuh gila. Kerusi meja tak banyak. Dekat kaunter pun ramai yang beratur order. But I guess sebab tempat dah viral memang sesak sikit lah. Tak pe lah, tunggu lah kejap. Nak balik pun dah tak mampu sebab dah start hujan.

Tengok dekat tepi kedai ada satu meja panjang ada family duduk tapi boleh la kot kitorang 3 tumpang sekali meja tu. Plus diorang pun dah nak habis makan. Family tu bagi je kitorang share tapi lepas dah duduk baru tahu kenapa takde yang usha spot tu. Rupanya sebelah kolam ikan daaa... Sekali angin bertiup, sekali tu jugak la hidung bau busuk ikan daaaa.... Apa punya turrr

Nasib sebab hujan lebat je, kalau tak dah blah pergi KFC pekena Zinger Double Down. T.T

5 minit tunggu, 10 minit, 15 minit pun takde orang ambik order lagi. Sudahnya kitorang pergi dekat kaunter order. Itupun mana tahu menu apa sebab menu dia takde pun letak dekat kaunter ke meja ke. Yang ada banner lama tu pun takde harga. Macam dalam post viral tu ada. Tapi dia dah bagitau awal-awal kalau nak yang goreng memang zahabedah lama sebab ramai betul orang.


So takpe lah, kitorang order Nasi Ayam Penyet since yang tu memang dah siap. Order air pulak. Gelas memang besar tapi harga besar jugak lah. Huhu

5 minit tunggu, hujan makin lebat. Angin kuat tu tak payah cakap lah. Tabah je kitorang duduk sebelah kolam ikan tu. Dengan sejuknya. Air bertakung dekat lantai tu tak payah cakap lah. Meja pun kotor. Time cenggini la boleh lupa bawak tisu sendiri. Meja dah bertakung air satu hal, air menitik dari bumbung satu hal, air mengalir dekat bawah satu hal, air yang pelayan bawak gelojoh letak atas meja sampai tertumpah pun satu hal jugak. Memang tebal betul kesabaran semalam. 

Again, nasib hujan. Kalau tak, memang dah blah dari situ. 

10 minit tunggu pun tak sampai lagi NAP sedangkan benda dah siap tinggal nak hidang je. Tengok dekat kaunter pun takde. Tengah pandang kaunter, akak yang ambil terpandang kitorang, kitorang pun terpandang dia. Dia sengih 'Eh lupa nak buat' 

Ye kak, lupa kak. Lupa T.T

Nasib hujan kak, kalau tak kitorang dah blah dah.

Masa tengah tunggu & usha keletah geng bapok cun meletops tapi Sajat lagi cantik, tetiba diorang terkejut sebab ada pakcik ni jatuh. Kerusi dia patah rupanya. Kesian dia. Sakit tu terhentak. Dah lah lantai basah. Kalau balik nanti dia yang drive, memang perit lah. 

Lepas 15 minit tambahan tunggu, sampai la jugak NAP Nasi Bukit ni. Tapi takde benda pun yang best. Hambar je. Nasi je lah menggunung. Tapi sambal dia bagi sikit. Fyi, its not sambal, its masak sos. Nokharom manis. Loya tekak makan. Macam makan nasi putih, ayam, kobis mentah, timun, sos & bawang. Oh ya, tomato lembik. 

Masa makan tu terselit ikan keli entah dari mana. Rasa la sikit kot sedap. Ya tuhannnn pahit kemain. Hangus wei. Bertabahlah siapa yang order Lele Penyet. I can't even imagine their feeling eating it. 

Datang dari jauh jugak la untuk makan NAP macam tu. Sangat tak berbaloi. 

Dekat Kg Melayu Subang pun ada. Jauh lagi sedap dari NB ni. 

Brader depan kitorang makan nasi goreng daging rasanya. Nasi je lah membukit. Kawan dia selalu makan dekat kedai ni. Kitorang tanya dia apa yang special dekat kedai ni. Dia kata takde benda pun. Nasi goreng kicap biasa je cuma nasi dia banyak. Tu je. 

Bad luck betul kitorang malam tadi. 

Untuk orang yang suka makan NASI membukit macam bela saka 10 ekor, maybe ni tempat pilihan dia la sebab for me masakan dia tak sedap mana pun. Average je. Nasi dia je yang banyak, lauk sama je. 

Since dah viral ni, I bet service pun hambar sebab ramai kan yang datang. Pekerja pun sikit je. Tempat makan dia pun tak besar mana. Nak parking susah, cleanliness out. Maybe sebab semalam hujan lebat tapi sampah yang ikut air mengalir dekat lantai tu pun boleh tahan jugak. Hewhewhew


Nampak tak signboard Nasi Bukit yang kuning hujung sana? Macam tu la dari tepi jalan. Useless. Cawan atas meja kitorang tu entah dari zaman bila berkerak sampai kitorang balik. And keluasan kedai ni sama macam dalam gambar sebab belakang kitorang dapur & kaunter buat air. It's too crowded. My bet, this place wasn't ready to viral yet tapi entah malaun mana said it have to go far beyond it is should be.

Masa bayar dekat kaunter, cashier tu muka bahagia betul pegang duit. Paling sedihnya dia takde pun cakap terima kasih datang ke, sorry service tak bagus, sorry tunggu lama ke. Takde pun. Dia senyum je lah acah dia manusia handsome seantero Malaya. How pathetic.

I rate this viral place 0.5/10. I definitely takkan pergi sana dah. My first and last.  

3 comments:

Mas_FVOME said...

Sedihnya baca.kalau kena kt aq mmg dh blah dh..x kish la dh order ke x..i x penyabar
.teruk nauu servis..ishh3..

Nour Adieb said...

aduhhh, ciannya paci tu. x sia2 dapat 0.5/10

Noor Maizan said...

Aduhhh bad services. Tu la risiko org suka try restoran baru mcm kita ni, haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...