Bayar Balik Pinjaman PTPTN & MARA Dengan Maybank2U

Friday 11 August 2017

Bila dah habis belajar ni perkara yang paling merisaukan haruslah kerja. Kalau tak ada kerja macam mana nak bayar balik pinjaman ye dok? Yang mana dah fikir kahwin tu lantak lah, malas sembang.

Okay, some of my friends tanya macam mana nak bayar pinjaman guna maybank2u ni sebab selalu bagitau diorang bayar online je senang yakmat. Serious. 5 minit je dah siap. Tutorial ni untuk pengguna Maybank2u, kalau yang guna khidmat bank lain, tak pasti macam mana sebab dulu nak try guna RHBNow tapi ya tuhannn seksanya. Dah la page dia berat nak load. T.T

So this entry for you guys yang macam dalam kesamaran lagi nak guna khidmat online ni okay?

1) First step, login acc Maybank2u korang. 

2) Pilih Account & Banking kemudian klik Bill Payment dekat bahagian tepi. Tapi selalunya dia dah offer quick link -> Bill Payment so tekan 'Go' je. 


3) Lepas dah masuk ke page Bill Payment, tekan make a one-off payment. 


4) Kemudian pilih Education & Education Loans then tekan 'Continue'


5) Pilih PTPTN Bayaran Pinjaman Balik kemudian tekan 'Continue'


6) Isi berapa amaun yang korang nak bayar, no. IC dengan no telefon. 


Lepas tekan 'Continue' nanti dia akan minta TAC number lepas dah isi TAC number, you are done! 

Itu untuk PTPTN, untuk MARA pulak sama je steps dia cuma yang bezanya, MARA akan minta no akaun MARA kita so before buat payment tu ambil dulu no akaun MARA dekat eBaki MARA


Lepas dah isi semua kotak kosong tu, tekan 'Continue' kemudian masukkan TAC number & you're done! Senang je kan? Tak sampai 5 minit pun. 

Yang bestnya guna perkhidmatan Maybank2u ni nanti boleh check history kalau korang ragu-ragu transaction tu berjaya ataupun tak. Kalau MARA, korang boleh semak dekat jadual pembayaran tu dalam masa 24 jam. Untuk PTPTN pula, korang akan dapat email penghargaan dari pihak PTPTN & ada pautan link ke jadual pembayaran yang dibuat.  

Sekarang ni PTPTN pun tengah galakkan peminjam bayar online sebab mudah & tak ada caj. Dah la senang, cepat pulak tu nak settlekan. Best kan? 

Selamat menghabiskan hutang semuanya. Bye :)

8 comments

  1. Kan mudah jika boleh on9 je... or buat deduction secara auto dr akaun...peminjam pun xde la bg alasan nak g ptptn tu susah la..kena beratur panjang la...sekrg alasan tu dh xboleh diterima

    ReplyDelete
  2. Apa pun, cara online juga paling mudah kan. Sebab depan pc je pun, guna phone pun boleh :) Tiada alasan lagi untuk tidak bayar pinjaman pendidikan :)

    ReplyDelete
  3. Bagus tu. Suami sy pilih utk buat potongan gaji tiap bulan.

    ReplyDelete
  4. Senang Ada kemudahan online mcm.ni

    ReplyDelete
  5. Yup.. Memang mudah bayar guna maybank2u.. Semuanya dihujung jari.. Yang penting internet laju..

    ReplyDelete
  6. arituh ada cari info psl ni.. mudah kan.. leps ni xyah beratus lg... senang..

    ReplyDelete
  7. yeah kinah pun guna maybank2u je. lagi mudah kinah dah add favourite tuk payment ptptn ni. cuma masuk berapa nak bayar dan nombor fon dan send. siappp

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.