Friday, 18 August 2017

Jemur Asam Keping

Selama ni kalau makan ke masak ke mana pernah fikir asam keping ni datang dari mana. Yang tahu dia kena ada dalam masakan baru umpphhhh pergi dia. 

Tapi masa balik kampung ternampak orang kampung menjemur dekat tepi jalan bawah matahari, dari jauh nampak macam ikan masin. Bila datang dekat, asam keping rupanya. Ingatkan dia memang dari azali warna hitam. Rupanya tak :P



Bila belek dekat-dekat ni baru tahu asalnya asam keping ni cantik. Hahahaha dah kering jadi masam hitam pulak. 

Image result for jemur asam keping
gambar credit to pakcik google

Image result for jemur asam keping
gambar credit to pakcik google

Bila google buah asal dia, ni la buah asam gelugor. Selama ni dengar nama je sekarang baru tahu ni kegunaan dia. Berjasa betul untuk semua. Nak buat asam keping ni pun senang je. Potong nipis-nipis lepastu jemur je bawah matahari dalam 3 hari ataupun seminggu. Pucuk muda pokok asam gelugor ni pun boleh buat ulam, elok untuk orang yang ada darah tinggi.


Yang mana ada buah asam gelugor ni better buat sendiri sebab yang jemur tu kita tak tahu dia jemur macam mana. Kalau jemur tepi jalan haruslah berhabuk berdebu semua. Nanti nak masak guna asam keping basuh lah bersih-bersih. 

Lepas ni kalau jumpa boleh kot try buat sendiri. Selalunya kalau makan usaha yang dibuat sendiri lagi jauh pergi dia kan? Tak sabar nak cuba!

7 comments:

Aisya Ismail said...

first time tengok buah ni.

saniah ibrahim said...

Cantek kan buahnya..tentu rasanya lebih masak dari yang kering .

Zuhaira Nasrin said...

dekat rumah saya ada buah ni. mak selalu jugak jemur sebab hari-hari ada buah :D

Seorang Syed said...

Ohhhh macam ni rupanya asam keping haha okay baru tahu juga.

Warisan Petani said...

Kalau ada sepokok asam gelugur ni,
boleh berniaga asam keping.

Shahida Dzulkafli said...

Mak mertua sha ada buat.. Hiris je pastu jemur.. Kalau musim panas memang cepat dia kering.. Kalau musim hujan, lamalah juga nak menunggu..

NUR CAHAYA said...

selalu dah jemur tapi kerja yang leceh, hahaha..

dia bukan jemur sehari je, kalau jemur masih lagi tak kering dengan perfect, esok jemur lagi, so untuk buat semua benda ni perlu orang yang rajin dan tak banyak keje, tapi the important thing is rajin la, kalau banyak keje pun kalau rajin takde masalah...

datng sini komen dan membalas kunjungan....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...