Saturday, 5 August 2017

Kendurian, Dataran Shah Alam, Selangor

Dari minggu lepas lagi dah excited nak pergi Kendurian dekat Dataran Shah Alam sebab dekat & teringin sangat nak makan durian. Nak balik Batu Kurau jauh sangat. Bila nampak ada event ni memang happy sangat lah. Dah siap mark dekat calendar dah. & hari ni tiba.


Tapi masa tengah buat kerja nampak adik tag dekat FB komen orang yang dah pergi 'kenduri' ni.


Hampa sangat bila baca semua komen ni. Kesian yang datang jauh semata nak makan sampai kenyang macam dalam poster tu rupanya kena game je.

Supposedly bukan pihak penganjur kena check dulu ke kualiti buah? Pelik sangat masa hantar baru tahu. Ni bukan warung tepi jalan. Event ni dah plan lama dah. Kesian yang datang & kesian jugak dekat crew yang terlibat dalam program ni. Event terpaksa dibatalkan sebab buah tak masak.

Ada jugak yang komen satu meja cuma dapat satu biji je buah durian. Tagline kenduri ni makan sampai kenyang tapi kalau kena limit tu bukan makan sampai kenyang nama dia. Ramai yang komen buah durian tangkai kuning & mostly buah dari Thailand.

Syukur lah tak pergi lagi. Kalau dah pergi memang membazir masa & duit.

3 comments:

Nona Qiyah said...

Uishh, dahsyatnyaa, Nona pon tak g yg kat Johorrr

Siti Yang Menaip said...

tapi lebih baik kensel dari penganjur teruskan juga. habis nanti depa kena baling dengan durian2 tu..

adianiez AIDA said...

tu la.
aida pun baca-baca kat fesbuk.
perihal kendurian yg x masak ni :( hu hu
sian bagi pengunjung yg betol2 dtg nak makan, kan...
aduhai!
kat melaka, raya aji nanti ada 2 kendurian.
1 di aeon bandaraya.
1 lg di fama sg udang.
better gi la yg under fama tu.
last year aida gi, memang terbaik. murah. sedap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...