Sunday, 13 August 2017

Squat Challenge 30 Days


Dulu macam berat je hati nak buat challenge ni sebab 
1. Malas
2. Squat tu penat kot
3. Sebulan komitment
4. Malas
5. Malas

But then, bila tengok feedback positive, dicampur dengan rasa bosan try la jugak buat squat ni. Untuk minggu awal tu okay la senang je nak buat sebab bawah 100 kali. Tak sampai sejam pun dah settle tapi bila dah masuk minggu kedua dah mula fikir mampu ke nak buat ni? Tapi okay je, takde masalah pun nak buat. 

Bila masuk 160 dah mula dah sakit lutut. Ni bukan sakit lutut biasa, ni sampai nak berjalan pun boleh menangis rasa sebab menyucuk kemain. Masa tu slow down sikit tapi buat jugak mana mampu. Then sambung balik macam biasa sampai lah habis. 

Buat squat ni masa busy fotostat documents. Sementara tunggu mesin fotostat lama kemain sebab kadang tu kena copy satu rim A4 paper. So boleh lah buat sementara tunggu daripada melangut kan? Lagipun dekat office tak ada cctv, officemate pun semua pergi site makanya boleh lah kita nak melunjur ke membengkok ke dalam office sebab tak ada yang tengok. 

Tak sangka lepas sebulan mampu jugak habiskan challenge ni. Walaupun perubahan kepada diri tu tak lah gempak sangat tapi happy sebab mampu bagi komitmen tinggi macam ni. Yang awal katanya tak nak & tak mampu tu, at last dapat jugak habiskan! Yeayyyyy


Lepas dah berjaya challenge ni, nak buat push up and sit up challenge pulak sebab cinta hati yang bagi challenge ni so kita kena lah sahut seruan dengan penuh rasa semangat, ye dok? Lagi satu, mana boleh kalah dengan partner sendiri. Mana boleh biar dia kurus sorang-sorang. Hewhewhew

Cepat lah sikit dapat body macam Katrina Kaif hihi

7 comments:

Kak Long said...

Wow! Tahniah!
Bukan senang nak commit. Squat pulak tu..
Kaklong ni nak commit diet pun tahan 2 minggu je.

KIpidap girl!

Shafyqah Azry said...

dulu sha buat jugak challenge ni, tapi masuk minggu kedua kelaut hahaha bilalh nak boleh start balik

Nisa said...

Oh my Allah, squat can be so tiring and too sore! But the feeling of the soreness tu memang best... I miss doing HIIT!

http://panphila.blogspot.my

Mas_FVOME said...

WOww..tahniahh! Bkn snng kott.👏

mamapp said...

Teringin Pula naknbuat. Badan dh mula nak Naik ni huhhh

Sang Penulis said...

tahniah.. bukan senang nak kekalkan momentum ni.. klo saya lama dah ke laut..haha.. salam perkenalan sis.

Paahjais said...

Kuat betul semangat nak exercise... Saya ni nak jogging pun bercinta... Kikiki...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...