Kemangkatan Sultan Kedah - Sultan Abdul Halim

Tuesday 12 September 2017

Petang semalam pukul 3.30 dah nampak ada yang post berita ni tapi belum dapat perutusan rasmi lagi so ignore je taknak percaya tapi tak lama lepas tu dah keluar dekat page FB negeri Kedah maklumkan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Alharhum Sultan Badlishah dah mangkat jam 2.30 petang pada 11 Sepetember 2017 di Istana Anak Bukit, Alor Setar Kedah & bendera negeri Kedah dinaikkan setengah tiang selama seminggu tanda berkabung. 

Image result for sultan abdul halim mangkat

Jenazah baginda akan dikebumikan tengahari ni selepas pertabalan Sultan yang ke-28 sebagai Sultan negeri Kedah yang baru selepas kemangkatan Sultan Abdul Halim. Selepas selesai acara istiadat pertabalan & laungan Daulat Tuanku sebanyak 3 kali, jenazah Sultan Abdul Halim akan dikebumikan di Makam Istana Langgar jam 4 petang nanti. 

Sayu sebenarnya terima perkhabaran ni sebab Sultan Abdul Halim antara Sultan yang berjiwa rakyat, menggalas tugas sebagai Agung sebanyak 2 kali iaitu pada 21 Sept 1970 hingga 12 Sept 1975 dan 13 Dis 2011 hingga 12 Dis 2016 walaupun pertabalan kali kedua tu diterima pada umurnya mencecah 83 tahun tapi dia tetap kuat untuk menjaga negara. Antara Sultan yang sentiasa menegur dan memberi nasihat kepada pemimpin negara, antara yang rajin dan berdedikasi menjalankan tanggungjawab. 

Cuaca mendung je hari ni dari pagi, dari pagi lagi dengar Hot FM pasang bacaan surah Yassin, Al-Fatihah & Ayat Kursi. Bila bukak socmed, nampak pulak update post dari cucu Sultan Abdul Halim, Ku Rina. 

Netizen Dukacita Sultan Abdul Halim Mangkat

It's such a heartwrenching moment for all Kedahan because we lost such a beautiful gem today. Merafak sembah takziah, semoga roh tuanku Sultan Abdul Halim ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan sentiasa dicucuri rahmat. Jasamu dikenang selalu. Semoga Sultan Kedah yang ke-29 akan menggalas tanggungjawab menjaga negeri Kedah dengan amanah. Insya-Allah. 

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.