Penjualan Data Peribadi

Tuesday 31 October 2017

Lately dalam seminggu berapa kali dapat call dari ejen insurans, scammers, salesmans dari dalam ataupun luar negara. Kadang bukannya seminggu, dalam sehari boleh dapat banyak call sampai rasa nak tukar terus nombor telefon. Tu belum masuk lagi mesej. How is this happened?

Baru-baru ni Lowyat.net dedahkan data rakyat Malaysia dijual secara meluas & pihak Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia tengah berusaha mencari individu & organisasi yang terlibat dalam hal ni. Mungkin orang rasa benda ni simple je. Alahhh tak payah lah angkat kalau number tak kenal call. Install apps sekian sekian untuk tahu siapa yang call. 

Tapi sampai bila kita nak diganggu oleh golongan ni? Little did you know, data seseorang iaitu nama, umur, nombor telefon, alamat rumah boleh dibeli bermula dari harga RM0.20 hingga RM0.50 seorang. Suprisingly yang menjual data kita ni bukan orang yang jauh dengan kita pun tapi yang ada sekeliling kita antaranya syarikat telco di Malaysia, Jobstreet, pusat perubatan dll. Semua data ni dikumpul dari tahun 2012 hingga tahun 2015. Yang mana tak pernah tukar number phone dalam area tahun tu, kemungkinan besar data dia dah pun dijual & besar kemungkinan dah masuk darkweb dah pun.

Data yang dijual dari syarikat Telco

Data yang dijual dari pusat perubatan

Maybe ada yang nampak benda ni remeh, setakat nama, umur, no IC, alamat rumah tapi sebab benda remeh ni lah boleh wujud identiti kedua. Mana kita nak tahu ada orang guna identiti kita untuk jalankan illegal business. Tahu2 je polis dah datang ketuk rumah. Tu belum masuk kes duit boleh hilang dari akaun bank walhal tak buat sebarang transaksi. 

Tahun 2010, Akta Perlindungan Data Peribadi telah digubal untuk melindungi data kita yang diperolehi dari semua individu atau organisasi yang memproses data peribadi kita dari digunakan oleh pihak lain untuk tujuan komersial. Antara contoh data peribadi yang dimaksudkan ialah :
  1. Nama dan alamat
  2. Nombor kad pengenalan
  3. Nombor pasport
  4. Maklumat kesihatan
  5. Alamat e-mel
  6. Gambar
  7. lmej dalam rakaman litar tertutup (CCTV)
  8. Maklumat dalam fail peribadi
Menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ni, subjek mempunyai 6 hak dalam melindungi data peribadi, antaranya ialah :
  1. Hak untuk diberitahu samada data mereka diproses oleh sesebuah organisasi
  2. Hak untuk mengakses data peribadi
  3. Hak untuk membetulkan data peribadi
  4. Hak untuk menarik balik kebenaran memproses data peribadi
  5. Hak untuk menghalang pemprosesan yang mungkin menyebabkan kerosakan atau tekanan (distress)
  6. Hak untuk menghalang pemprosesan bagi maksud pemasaran langsung

You guys boleh baca tentang akta ni dengan lebih lanjut di SINI. Well, lets hope for the best sementara KKM & PDRM menyiasat kes ni & for those yang dah rimas kena kacau dengan semua nombor yang tak dikenali mungkin boleh call Telco provider korang & bagitahu masalah ni before anything bad happened. :)

5 comments

  1. Patut juga ramai call promote insurans...

    ReplyDelete
  2. Uish suka2 je nak jual maklumat kita kan. sebab tu kadang pelik camne la org insurans atau lain2 ni dpt no fon kita.

    ReplyDelete
  3. Saya dah lama sedar benda ni. Dan setiap kali isteri saya mengadu kena hadap telefon dr ntah sapa sapa nak jual insurans la bagai, benda ni la yang saya dok cakap ...

    ReplyDelete
  4. Ada jgak beberapa kali dapat call dari number tak dikenali. Susah skit nak percaya kalau through call ni kan.

    ReplyDelete
  5. Good info Farhana..
    Sis pernah up entri tentang kepentingan perlindungan data peribadi di blog lama sis :

    http://whateverapa-apasahaja.blogspot.my/2016/02/ketahui-akta-709-hak-anda.html

    Sekadar perkongsian sis ;-)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.