Gegar Vaganza 4 Minggu 6 - Senarai Lagu Minggu 7

Sunday 10 December 2017

Image result for gegar vaganza 4

Tak sangka dah nak masuk semi-final dah minggu ni. Rasa macam baru je lagi tengok semua peserta excited dapat masuk GV 4. 

Based on performance masing-masing rasanya sama je dari minggu pertama haha bosan jugak tengok memasing berdiri dekat tengah lepastu menyanyi macam Pak Ngah komen sebelum ni tapi nak buat yang kreatif sangat pun memasing ada komitmen lain. Kalau nak kreatif kang jadi macam Hazami pulak, teknik nyanyian entah ke mana. So terima je lah apa yang diorang perform tu.  

Sekarang ni dah makin nampak persaingan sengit antara Kak Liza Hanim, Hazami & Kak Aisyah. Tak boleh nak jangka siapa akan jadi juara nanti. Dah lah semua fav pulak tu. Tak tahu nak pilih yang mana. 

Tak sabar nak tengok performance minggu 7 ni, nak tunggu siapa yang dapat masuk final nanti. Harap sangat Lan dapat masuk final sebab dia antara yang tunjuk improvement every week. Suka tengok bila ada yang from nothing to something. Nothing bukan maksudnya Lan tak bagus tapi Lan sebelum ni kan genre rock je. Lagu pop yeh yeh pun dia bedal rock jugak. Bila dalam GV ni best lah tengok dia keluar dari bubbles dia & try something new and menjadi pulak tu! 

Untuk semi-final ni, semua peserta nyanyi 2 buah lagu, jom tengok senarai lagu minggu 7 :

Lan - Kalis Rindu : Elyana  & Ukiran Jiwa :
Syura - Dokter Cinta : Dewi2 & Cinta Antara Benua
Firman - I Feel Good & Menanti Sebuah Jawaban
Tia Jinbara - Hukum Karma & Isabella
Aishah - River Deep Mountain High & Keranamu Kekasih
Hazami - Getaran & Hello
Liza Hanim - Kesal & Jagalah Diri

Harap semua perform bagus kejap lagi & tak ada yang sakit macam Lan minggu lepas. All the best for them :D

2 comments

  1. tak sempat tengok pun GV semi final malam tadi....tunggu final je la

    ReplyDelete
  2. kak ana pun tak tau sapa juara GV kali ni sebab persaingan 3 orang tu sangat sengit. mana2 yg jadi juara kak ana ok je sebab semua bagus kot.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.