Music Related Questions

Sunday 26 February 2017

Found it and feel delighted to answer it. Come on, tag along! :)


1) Favourite songs for rainy days?
    - Any melancholic songs but to be specific Dil Kyun Yeh Mera from Kites.

2) A song for when you’re feeling sad?
    - Haare Haare - Josh

3) A feel good playlist?
    - Any catchy songs I bet

4) Favourite songs for driving at night?
    - I don't play fav, any songs would be great to keep me company :)

5) Songs that remind you of your crush/bf/gf?
    - Any Peterpan/Noah songs

6) A song that reminds you of school/people at school?
   - Viva Forever - Spice Girls

7) Favourite song by the 1975?
    - None. lol

8) Favourite song by (insert artist here)?
    - Arijit Singh, Neha Kakkar, Tulsi Kumar

9) Tell me a song you’re embarrassed that you like?
    - Aiman Tino - Permata Cinta

10) Song that reminds you of socmed?
     - None

11) Songs you associate with summer?
      - Cool of the Summer - Demi Lovato

12) Favourite christmas songs?
      - Jingle Bell?

13) Last concert you went to?
      - None. Not a right person to ask. But I remember watching Aizat Amdan sang Lagu Kita on Jom         Heboh stage year 2009. First and last I've ever been on a concert.

14) Favourite band shirt?
      - Lol doesnt have one.

15) Name three or more favourite albums?
      - Red - Taylor Swift
      - Believe - Justin Bieber
      - Bintang Di Surga - Peterpan

16) An artists you plan to listen to more?
      - Birdie

17) Last song you listened to?
      - Sanam Teri Kasam

18) A song you associate with your mum and dad?
      - Asmaul Husna I bet. T.T

19) Which song led you to a whole new genre personally?
       - The Diary of Jane - Breaking Benjamin

20) What’s one album on your phone you never actually listen to?
       - None. My phone got to breath.

21) Favourite lyrics at the moment?

      - Image result for lyric quotes

22) Do you have a song as a ringtone?
      - Menunggumu - Peterpan feat Chrisye

23) Favourite songs for sleep?
      - Sayang by Faizal Tahir

24) A song you want to walk down the aisle to?
      - Sukoon Mila - Arijit Singh

25) The last album you bought/downloaded?
      - Raees music album

Related image

26) Would you get a tattoo related to a band/artist? if so, who?
       - None.

27) A song on the charts you actually really like?
     - Kala Chashma - Baar Baar Dekho

28) A song you liked when you were younger?
      - Purnama Merindu - Siti Nurhaliza

29) Name a song that reminds you of a holiday you had?
      - Man Bai - Kau Ilhamku

30) Put your playlist on shuffle and tell me the first three songs that come up?
      - Peterpan - Ada Apa Denganmu
      - Spider - Hidupku
      - Hyper Act - Bukan Untukku


Kedai Makan

Friday 24 February 2017

Dari zaman belajar membawak ke zaman kerja memang suka beno la makan dekat kedai. Tak suka pun actually tapi tak sempat nak masak lah. Tak sempat = Malas.

Malas bukan apa. Kita makan bila kita nak makan. Kalau bawak bekal pergi kelas/office sah2 la makanan tu berpeluh. Dari kecik sampai sekarang geli tengok makanan berpeluh. Urggghh



Tu belum masuk kau pergi beli barang dapur dah siap menu dalam kepala dalam kepala then balik rumah end up masak benda lain. It happens. Always. T.T

So untuk elakkan pembaziran masa dan tenaga, kan senang pergi kedai je. Tapi tu lah pergi kedai ni kadang menyampah jugak. Bila dah jumpa port chantek baekkk punya memang jadi loyal customer lah.

Tapi kalau tak jumpa kedai yang cun, mesti jumpa yang tak cun dulu and most likely they're like these :

1. Makanan Banyak Sampah.
Pesen yang jenis food hunting ni rajin la dia nak clearkan semua sampah. Kalau yang malas, memang idok le. By food hunting I mean memburu segala jenis bawang, daun kesum, halia, serai, bawang putih bla bla bla. Tu satu hal. Satu hal lagi bila isi entah berapa ciput je sampah je lebih. Bayar mahal pulak tu. Damn.

2. Menu Je Gah.
'Kak, saya nak kuey tiaw goreng. Yang pedas eh.'
'Takde.'
'Nasi goreng ayam'
'Takde'
'Nasi putih tomyam?'
'Takde'
'Hmmm bihun sup?'
'Takde.'
'Habis tu apa je yang ada?!'
'Semua dalam menu ni la'



3. Tandas Kotor
Pergi kedai makan takde tandas tu dah tak syok dah tapi kalau yang ada tandas tapi perghhh kotor nokharommmm. Pernah sekali tu masuk tandas dinding berlubang. Bila usha lubang direct pergi dapur. Cancel.

4. Waiter Gigih
Kalau pergi kedai makan haruslah mintak menu. Tapi tu lah waiter ni, dia tak faham kita ni ada konflik dalaman. Dia ingat senang gamaknya nak buat keputusan nak makan apa. Nak makan mana pun nokharom lama kena fikir baru boleh buat decision. Orang baru duduk usha menu dia dah buat muka panas kena tunggu lama nak ambik order. T.T

5. Perasan Masterchef
Kedai makan ni makin lama makin bersepah dekat muka bumi ni. Serious talk. Tapi yang tak tahannya bersepah yang perasan macam juara masterchef. Let say la dia masak nasi goreng bagi member sebelah makan. Member nak jaga hati member, dia kabo la sedap. Terus dibukaknya kedai makan sebab pujian member tadi. Harei betul.

6. Kedai Acah Laku
Kadang tu curious jugak nak try bila kedai tu ramai gila customer sampai kena beratur kalau nak makan situ. Nampak macam hebat. Rupanya tukang masak dia slow kemain. Patutlah. Dah lah slow tak sedap pulak tu. Lama nak tunggu lama jugak nak kasi habis.

Dah la sembang 6, kang sembang banyak orang suruh kita setup kedai makan sendiri pulak. Kita dah la malas lagi nak sembang setup. Gerak lu.

RIP Inky

Thursday 16 February 2017



These two were born last year around November I guess and grew up beautifully. Inky & Fairy. This picture was taken last month when they're so small & baru je pandai berjalan & memanjat sana sini. Baru berani keluar dari kotak.

They're so shy and Inky was the quiet one. Bcs she's sick so she's a passive one. Badan dia penuh kurap. Dari kepala sampai kaki.

How to know which one is Inky or Fairy. Yang gelap tu Inky, yang cerah tu Fairy. Tapi kekadang tertukar jugak which is which sebab Fairy pun dah turn darker than before.

Since Inky sakit, she spend her time with sleeping around. Hari2 mandikan dia dengan ubat. Sekejap je kurap dia dah hilang & dia dah aktif main sana sini. Kadang malam tak tidur pun sebab aktif main.

Kalau Fairy tidur ataupun tak layan dia, dia main dengan ekor dia sendiri. Since both of them have their mom's gene. Ekor panjang. Inky ikut muka ayah dia. Bulat comel. Fairy more to panjang and garang but she's nice walaupun bersepah dia cakar sampai luka. But I'm used to it. Tak sakit pun :)

Both of them penakut. Yes, ikut gene mak. Takut dengan orang, takut dengan kucing lain. So most of the time, I hug them tightly until they're calm. Inky ni kalau takut macam mana pun dia takkan cakar or harm anyone. But Fairy yes. Kuku dia nokharom sakit. :')

Inky paling takut pun dia akan sembunyi ataupun peluk kuat2. Dekat rumah dia suka sembunyi belakang tong air dekat sinki. Ataupun dekat rak makanan. Since dia kecik lagi, so dia sembunyi dalam pek Maggi :')

Pernah sekali ada budak datang nak ambil dia, dia takut sampai nak cakar. Tak pernah lagi dia buat macam tu. Maybe dia takut sangat at that time. She gripped my arm tightly till she fall asleep. Nak bagi tidur Inky senang je. Main tapak kaki dia or telinga dia. Kejap je dah tidur. Normally they'll sleep from 10am till 3 or 4pm lepas mandi & makan.

Inky kalau tidur tak boleh kena cahaya. She will cover her eyes with her paws. She's just like me :')

But last week, she injured herself. Perut dia luka besar. I didnt rush to vet since I'm broke. They said she will be just fine. Letak minyak gamat je. So I did. I put pad herba sekali. And alhamdulillah the wound decreased. Darah dah kering and she's back being active jump here and there. Fyi, Inky melompat quite high. Dari bawah sampai ke peha. My new palazzo rosak sebab dia :')


Tapi tengahari tadi, dia hilang. Dah mula rasa tak sedap hati. Nasib baik ada loceng dekat leher dia so dapat cari dia dekat mana. Masa jumpa dia, dia dah terbaring menggelupur tahan sakit. Menggeletar tangan masa tu since Idk what to do. Mata dia terbeliak tahan sakit. I pergi ambil ubat but I know its too late already. Kaki dia dah lembik sangat masa tu.

I held her and she died right away. I just can't believe she's gone. Dia macam tidur macam biasa je macam hari2 I tidurkan dia. I feel her paws. Its cold and pale. I check her heartbeat. Nothing. She's gone. But I refuse to accept the fact. I cried so hard. I skipped my lunch and cried for about 2 hours there. Dari badan dia panas sampai sejuk keras. I gosok kepala dia supaya mata dia tertutup. Biar dia tidur macam dia selalu tidur.

Selalu kalau dia tidur, ekor dia bergerak sana sini but this time ekor dia diam je. I know she's no longer there but I just can't accept that. My Inky is gone. My baby is gone. :'(

How to tell Fairy, Inky already dead? What will happen to Fairy? Siapa yang nak main dengan Fairy lepasni?


They grew up together. Makan sama-sama, main sama-sama, tidur sama-sama. Nangis lagi :(


I asked my officemate to bury her in some place safe. Tak mampu nak tengok Inky kena tanam. I didnt even take her tag. Biarlah tanam sekali dengan Inky. Its hers. I want that tag to be with her. Lagipun kalau simpan buat nangis ada la. Sebab Inky dah takde :(

'Ana, Abg Din tanam dia dekat sebelah swimming pool sana. Biar dia sejuk sikit.'

Up until now I cant forget the moment Inky died. Luka dia dah nak sembuh dah. Dari panjang tinggal sikit lagi dah nak bercantum balik. But she can't survive. I regret it. Baeyoung said its her time to go. But still tak boleh nak hadam sebab luka dah nak sembuh. But he said dia sembuh supaya senang nak pergi. Inky :'(

Dari kecil tapak tangan bela dia sampai sekarang dah besar. Dari sakit jadi sembuh and aktif but now she's gone. RIP Inky. I'll miss you. Be safe there. :'(

Cabaran 25 Hari Blogging : Resipi

Thursday 2 February 2017

Hey peeps, Iolls curi masa before tidur up entri ni since I am so busy lately. Next 2 weeks, I have 2 auditors okay. Nokharom scary. On the same date pulak tu! Nasib lah banyak docs dah cantik elok I've prepared before this bcs we have been audited with ISO last year on November. Fuhhh


Since this is a quick update, Iolls nak sambung challenge ni. Ikutkan hari kedua, supposed to be Resipi. 



Actually, dapur dah lama tak berasap since I've decided to shred LOTSSSSS of weight. Awal tu target 10kg tapi kalau nampak macam anak badak jugak, nak turun sampai 45kg. Which is super impossible. HAHAHAHA

Ni azam recycle dari tahunnnnn ermm lets seee 2012? Tak tak tak, I guess year before that sebab 2012 dah mendadak naik sebab intern dekat dengan rumah so badan memang ternak lemak.

Resipi yang nak share dekat sini ialahhhhhhhhh



TADAAAAAAAA



Resipi paling simple dalam dunia oat kosong. Ambik 4 sudu oat lepastu tuang air panas sampai dia jadi macam dalam gambar tu. HAHAHAHA

I've already eat this for about 2 weeks now & I've lost 5kg. Kalau ikutkan goal asal nak turunkan sampai 50kg. So ada lagi 8kg nak buang. Ni dapat idea ni dari post diet yang viral tu la. Actually tak la makan oat kosong untuk semua waktu makan macam dia buat. Breakfast dengan oat kosong & green tea, lunch makan nasi (segenggam), ikan & sayur. Kalau ambil ayam ambil bahagian dada je sebab less calory and ha'ah sayur banyak zahabedah. Dinner makan oat balik sebab tengahari punya kenyang akan cecah malam. 

Tapi kalau datang nafsu serakah jangan tanya la oat kosong pergi mana. HAHAHAHA

Makan oat kosong ni bukan sebab nak berlapar tak tak tak. Makan oat kosong ni sebab nak buang lemak tepu. Selagi tak buang lemak tepu tu, selagi tu la susaahhhhhh sangat nak turun berat. Awal2 memang tak sedap la oat kosong ni tapi lama-lama okay je. Tak kata sedap ea, kata okay kat tekak je.

Harap bulan depan mampu la cecah impian tu. Kalau tak dapat pun, masuk dalam berat ideal mengikut BMI pun dah bersyukur banyak dahhhh. Nak pakai balik baju zaman kurus.

Sembang pasal resipi dua baris je yang banyaknya pasal pot pet zahabedah hewhewhew. Kbai.

Nom Nom Nom : King Western Food

Saturday 28 January 2017

Cuti cenggini you guys mesti cari tempat makan best kan? Well, I've got something great to offer!

Semalam adik whatsapp ajak makan dekat kedai western King Western. Tengok gambar menu dia bagi memang murah. Budak office dia kata memang puas makan dekat kedai ni sebab banyak & murah.

Lepas makan dekat Foodsbury Cafe haritu, terus rasa nak tak nak je percaya dengan perkataan banyak & murah ni tapi pergi jugak la saja nak test jauh mana pergi.


Lepas habis kerja terus menapak ke sana. Rupanya dekat je dengan rumah. Selalu tapi tak pernah perasan. Tapi yang dekat rumah ni cawangan Subang. Yang main dekat Seksyen 2, Shah Alam.



Guys, ni XXL punya size tau dengan harga yang macam ni. Sebab nampak murah, semalam kitorang order Lamb + Steak, Spaghetti Bolognese, French Fries dengan Nasi Putih. Jus tembikai gelas besar. 

You guys kalau lepak sini jangan risau bab service, memang tip top. Walaupun ramai orang, korang baru order makanan dah datang dah. My expectation semalam, kalau nak makan western confirm kena tunggu lama sampai setengah jam. That's why I ordered fries rupanya kejap je tunggu. Tak sampai 15 minit pun. Sengkak perut makan fries bebanyak :')








Saja letak gambar ni supaya korang tahu yang gelas besar dia lagi besar dari si zahabedah ni :')

Kisah dia semalam, si zahabedah ni gigih hasut suruh ambik gelas besar padahal bajet nak minum air kosong je. Dah la dia hasut gelas besar, pastu minum tak habis. Bila suruh pekerja tu tapau si zahabedah ni lupa nak ambil :')

Disebabkan saiz makanan dia XXL, haruslah makan tumpah2. Hewhewhew. Dah la sedap, banyak pulak tu. Sudahnya makan tak habis. Steak dia sedap. Spaghetti dia even nampak macam kosong cincai tapi jauh pergi dia. Memang layan. Nampak je sikit tapi besar wei. Dah la dia letak sekali dengan grill chicken perghhhh sengkak perut. 

Makan semalam sampai rasa nak muntah. T.T

Kedai ni service dah lah tip-top, culteries semua bersih, pisau pun tak bagi pisau butter, tisu atas meja, pekerja bebaik je semua, bersih, makanan banyak, sedap, murah pulak tu, tempat basuh tangan dia ada sabun wangi, akak cashier dia cun baik mesra pulak tu. Cisss apa lagi korang nak? 


Serious talk lepas ni nak makan menu yang lain pulak. Semalam tengah makan pun mata usha je makanan orang lain. Dasar nafsu serakah makan satu menu tak cukup. Lepasni jangan tanya kenapa diet hancur. 

Movie Review : XXX Return Of Xander Cage

Thursday 26 January 2017



Director : DJ Caruso
Stars : Vin Diesel, Donnie Yen, Deepika Padukone, Nina Dobrev, Ruby Rose, Tony Jaa, Kris Wu & others. 
Rating : 3/10

Masa DP posted gambar dia dengan Vin dekat insta I was like k she got a place at Hollywood. With all hype of her being one of Hollywood stars with great badass Vin, everyone got damn excited. But considering her work at Btown is such a mess, I know her part just a candy eye or flower pot roles. 

When I found out that Nina also in this movie, I've made up my mind that I'll go watch it because I miss Nina so much since she have decided to quit TVD :(

& today is the day I've finally meet Nina again. She's cute as always. I miss her giggles so much. Omg I'm such a fangirl. Awww 

Okay, lets back with the review. 

First of all, who wants Xander Cage to return? I bet the answer is NOBODY.

Dia dah elok santai chillax lepak kat kampung main skateboard, have sizzling romance with hot girls there, why ruin it?

Dah 2017, USA gov still tak dapat army yang power nokharom. I mean, look at them, a bunch of clowns. Tskk pathetic. Sudahnya team XXX lawan dengan team XXX. K team diorang paling kuat. I got the point. 

Secondly, I love Deepika. When she shut her mouth. What's with her accent? Her voice, her accent sounds yuck! Like always, no soul at all. For being pretty onscreen, she's perfect. For acting, hmm baik ambik Katrina Kaif lah. Nargis Fakhri berlakon dalam SPY lagi bagus dari dia. What a shame.

Tengok gaya dia pun dah tahu tak mampu pergi jauh T.T

Storyline nokharom cliche. Kau dah boleh dah semua scene yang acah-avah suspen tu. Boo.

And no action stunts impress me at all. No exclusive scenes pun. Yang underwater scene tu, Deepika bagitahu Caruso ke suruh tiru Dhoom 3? 


Baik Deepika bagitau DJ Caruso jumpa Abbas-Mustan or Aditya Chopra open table buat action movie. 

Tambah disappoited lagi bila MMA fighter macam Donnie Yen & Tony Jaa buat stunt meleweh dalam movie ni. Really guys? MMA fighter kot buat stunt cincai. Tony Jaa famous dengan Ong-Bak kot. Donnie dengan Ip-Man series tapi tskk pathetic. Lawan dengan army pulak tu. 

Sedih bila Donnie Yen dapat ayat 'Your mom didnt teach you  manners? You forgot to zip your pants' Really Caruso? Really? 

Tbh, nak tengok movie ni pergi download je lah. Layan dekat cinema memang buang masa even the line-up stars impressive but tskk pathetic. But hey, I develop my crush on Ruby Rose! Her smile makes my heart goes awwwwww


Tips Layan Drama Korea

First of all, uolls pergi la tengok drama Goblin! Best wei! I enjoy this drama bukan part cinta dia tapi part Goblin dengan Grim Reaper tu haishhh geram je tengok. Penat gelak layan scene diorang. Gigih okay tunggu every week padahal tak pernah pun gigih macam ni. Sabtu je dah get ready nak layan.


Since Iolls memang layan drama Korea tiap tahun & quota setiap tahun ada 2, so sekarang tengah habiskan quota. Malas nak letak quota bebanyak sebab mostly lebih kurang je storyline. Goblin tahun lepas punya :')

Sekarang tengah layan The K2, sama jugak, quota tahun lepas ;P

Dulu masa sekolah rajin la nak layan drama berepisod ni. Drama Liontin tu cecah beratus pun sanggup tengok tapi sekarang tak mampu lah. Drama hidup kita pun banyak tak hadam. Actually bila layan drama Korea mesti tertidur depan laptop. Meleweh sangat. 

Masa tu geram jugak sebab bila dah tengok separuh mesti la nak layan sampai ending tapi malas nak layan part meleweh draggy dia semua. Boleh je nak skip2 scene tapi jadi tak syok la.

So haritu adik bagitahu rahsia dia mampu layan drama dalam masa tak sampai 3 hari without skipping any scene.

Rahsianya, pergi dekat setting tekan playback faster. Ni kalau VLC player la. Speed dia automatic akan jadi 2. Kalau dekat youtube, dekat setting tu haaaa. Pilih la nak 2 ke, 1.5, 1 ikut yang korang nak. Sekarang ni layan movie pun tekan faster. Jimat masa wei. Dari sejam jadi 20 minit je.

Semalam dengar OST Goblin pelik kenapa sendu teruk lagu tu pastu baru teringat masa layan drama ni speed dia laju so lagu pun jadi rancak sikit. Kekeke